TAN ZI YING

Unit: s4
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Unsur Seni dan Prinsip Seni dalam fotografi

 Unsur Seni dalam fotografi

1. Garisan

- Merupakan cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-    jarak tertentu.

- digunakan dalam karya untuk membawa perhatian audien pada subjek.

- menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar dengan menunjukkan keluasan, jarak dan perspektif.

- Garis-garis digunakan sebagai subjek dapat menghasilkan gambar yang menarik.

- Jenis garisan: melintang, menegak, menyerong, bengkang-bengkok, serabut, bulat, berpintal, beralun, bergerigi, "zigzag" dan sebagainya.

- Komposisi: Rule of Thirds & Diagonal rule



2. Rupa

- Rupa 'shape' dapat memberi keutamaan kepada sebuah elemen visual.

- Memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak.

- Pemisahan dihasilkan melalui kontraks kuat antara shape dan persekitaran adalah dapat menonjolkan bentuk utama.

- Kontraks boleh dihasilkan dengan adanya perbezaan gelap terang atau perbezaan warna.

- Sebuah shape tidak dapat berdiri sendiri.

- Teknik fotogarfi: Teknik Shilouette



3. Form/Bentuk

- Memberi kesan padat dan 3D kepada shape.

- Mencipta kesan kedalaman dan realiti.

- Kualiti ini tercipta dari pembentukan cahaya dan tona yang dapat membentuk garisan pada sebuah objek.

- Arah dan kualiti cahaya merupakan faktor penting untuk membentuk Form.



4. Tekstur

- Bentuk kreatif dari shape atau pattern.

- Membawa realisme kepada gambar, kedalaman dan kesan 3D ke subjek.

- Tektur dapat dijumpa apabila apa yang kita lihat diperbesarkan atau ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah (bayangan)



5. Corak

- Pengulangan shape, garis dan warna 

- Menimbul kesan ritmik dan harmoni. 

- Terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan.

- Penggunaan pattern yang menemui variasi yang mampu menangkap perhatian.

- Paling baik diungkap dengan merata



Prinsip Seni

1. Komposisi

- Susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar.

- Cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar.

- Organisasi Visual.


2. Keseimbangan

- Membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar.

- Dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal.

- Mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan ataupun ketenangan.


3. Kontra

- Terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain.

- Kontras tona dan kontras warna.

- Kontras tona - perbedaan tona dari putih, kelabu dan hitam.

- Kontras warna - merujukkan bagaimana warna berinteraksi satu sama lain.

- Tona dikategorikan kepada tona tinggi, normal, atau rendah.


4. Harmoni

- Unsur-unsur dalam gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan.

- Memberi kesan beberapa elemen nampak seperti satu entiti,


5. Dominan

- Titik fokus dalam gambar.

- Keseimbangan boleh mewujudkan kesatuan dalam sesuatu gambar.


6. Kesatuan

- Beberapa unsur bercantum menjadi seperti satu entiti.


7. Pengulangan

- Terbentuk apabila terdapat beberapa elemen-elemen yang sama/hampair sama dalam suatu gambar


0 comments:

Post a Comment