TAN ZI YING

Unit: s4
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Jenis Lensa

1. Standard Lens
Standard Lens 50mm. Standard Lens bagi kamera Fullframe adalah 50mm, lensa ini mempunyai sudut pandangan yang paling hampir dengan mata. Ia amat mudah untuk digunakan kerana pengguna boleh mengagak sudut pandangan merujuk kepada mata. Bagi kamera APSC kesan standard lens ini boleh dicapai apabila kita menggunakan lens 35mm. Lens 50mm mempunyai aperture paling maksima f/1.2 ke f/1.8. Ini menyebabkan ianya sesuai untuk mengambil gambar sukan dan keadaan low light.



2. Lensa Wide Angle
Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik digunakan untuk mengambil gambar landskap, dan mampu mengambil gambar pada ruang yang sempit. Lensa ini senang untuk difokuskan, ia mempunyai kesan ‘depth of field’ yang luas, di mana pengguna tidak perlu bersusah payah untuk memfokuskan objek.

Ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh menampakkan kesan lengkungan.

Lensa wide angle tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar potrait, kerana ia membuat seseorang itu kelihatan lebih gemuk kerana kesan lengkungan. Mengambil gambar menggunakan lensa ini akan menyebabkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas. Jadi gambar akan menjadi lebih luas apabila diambil menggunakan lens wide angle.

Lensa wide angle mempunyai focal length dari 14mm – 28mm




3. Telephoto
Telephoto adalah lensa yang mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Kadang kala ia dikenali dengan ‘Long Lens’ kerana lensa ini selalunya memang panjang. Lensa ini mempunyai jarak ‘Depth of Field’ yang lebih pendek berbanding dengan lensa – lensa yang lain. Ia senang menghasilkan bokeh dan subject mudah untuk diasingkan dari latarbelakangnya.


4. Lensa Fish Eye
Lensa Fish Eye mempunyai sudut pandangan hampir kepada 180 darjah. Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia juga sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lens tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan menarik.


5. Macro Lens 
Macro Lens AF microLensa makro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat seperti 5 inci dsbnya. Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar spesis-spesis serangga yang kecil, bunga, dan lain – lain gambar ‘still photo’. Harganya juga mahal tetapi menghasilkan gambar kecil dengan jelas.



6. Zoom lens
Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur gelas yang sangat rumit. Ia mempunyai kumpulan-kumpulan  lensa dan mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Salah satu bertujuan untuk mengubah pembesaran imej, memfokuskan dan membuat pembetulan.

Zoom Lens boleh mengubah focal length dalam tahap beberapa kali seperti 2x, 3x, 4x dsbnya. Contoh2 Lensa Zoom adalah:

18-24mm : Zoom Wide Angle

24-85mm : Zoom Standard

70-210mm : Zoom Telephoto

Masalah dalam zoom lens ini adalah, ia selalunya tidak mempunyai ‘ aperture’ yang besar, tidak boleh mengekal aperture yang sama pada focal lenght yang berbeza dan harganya yang agak mahal. Seperti contoh lensa 18-55mm mempunyai aperture f/3.6-5.6.

Jika adapun ‘aperture’ yang maksima adalah f/2.8 tetapi harganya terlalu mahal. ‘Aperture’ maksima pada 18mm adalah f/3.5 manakala aperture maksima pada 55mm adalah f/5.6.

Zoom Lens banyak membantu wartawan &’ wedding photographer’, kerana ia banyak membantu untuk meringankan beg mereka, mereka tidak perlu membawa lensa yang banyak. Ia memudahkan mereka untuk membuat komposisi tanpa perlu bergerak belakang dan hadapan. Banyak flexibility yang membantu mereka bila menggunakan lensa ini.



0 comments:

Post a Comment