TAN ZI YING

Unit: s4
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Fungsi Kamera

Kamera Analog

1. Kamera Instan 
Kamera ini lebih banyak dikenali sebagai kamera Polaroid. Kamera ini adalah amat berguna untuk menangkap gambar bagi keperluan pendokumentasian segera. Ini adalah kerana kepantasannya untuk mencetak gambar. Selaian daripada Polaroid, terdapat juga jenama kamera yang lain memperkenalkan produk yang serupa. Misalnya, Fujifilm dan Kodak juga amat terkenal dengan produk kamera instan mereka.

2. Kamera range finder 
Pada asalnya kamera jenis ini merakam objek secara langsung dari viewfinder. Untuk menentukan fokus, anda mesti menggabungkan kedua-dua gambar tersebut untuk menjadi gambar yang jelas pada pemideng tilik.

    Kelebihan sisten fokus yang dimiliki oleh kamera pencari jarak jauh ialah anda tidak perlu bergantung pada kekuatan cahaya di sekelilingnya. Walau bagaimanapun, fokus kamera ini tidak selalu tepat dan menguji kemahiran. Tetapi itulaj seni menggunakan kamera ini.

3. Kamera Single Lens Reflex (SLR)
Kamera ini boleh dibayangkan sebagai Kamera DSLR tetapi menggunakan filem. Untuk mendapatkan gambar yang bagus pada kamera SLR, anda perlu menentukan kombinasi segitiga pendedahan yang tepat. Beberapa produk jenis ini juga dilengkapi dengan meter cahaya dalaman dan ciri auto fokusnya.

Kamera Digital

1. Kamera Saku (Compact Camera)
Kamera saku dan kamera analog Single Lens Reflex (SLR) digunakan sebagai alternatif mengambil gambar yang mudah dibawa ke mana-mana sebelum era kamera digital. Pada era kamera digital, kamera saku masih digemari ramai walaupun keupayaannya masih tidak dapat dibanding dengan kamera SLR.
    Kamera ini direka agar mudah dibawa dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Kanak-kanak kecil yang tidak biasa dengan pengggunaan kamera juga boleh menggunakannya. Ini adalah kerana kamera ini dilengkap dengan banyak ciri-ciri yang boleh digunakan secara automatik.

2. Kamera Mirrorless
Kamera ini tidak menggunakan cermin seperti kamera DSLR. Kamera ini adalah bersaiz lebih kecil dan padat berbanding dengan kamera DSLR tetapi fungsinya berhampiran dengan kamera DSLR tahap pertengahan.
    Kelebihan kamera ini adalah lensanya yang boleh dilepas bagi menyesuaikan denga kebutuhan yang diingini ketika mengambil gambar. Sensor  yang dimilikinya umum berda dalam kategori 4/3. Secata keseluruhannya, ia memenuhi syarat untuk menangkap gambar yang berkualiti mendekati kamera DSLR.

3. Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR)
Kamera DSLR boleh dikatakan kamera digital yang paling berkemampuan berbanding dengan kamera digital yang ada sekarang.
    Kamera ini mempunyai banyak ciri yang berguna untuk menghasilkan foro yang menarik. DSLR dibahagi kepada kategori peringkay kemasukkan, semipro dan pro. Lebih tinggi tahapnya, lebih canggih ciri-cirinya dan juga lebih mahal harganya.
    Variasi lensa bagi kamera DSLR adalah terbanyak berbanding dengan kamera digital yang lain. Bermula dari lensa sudut lebar seperti lensa mata ikan sehingga lensa zoom yang mencapai lebih dari 500 mm.
    Kamera DSLR generasi hari ini bukan sahaja digunakan untuk menangkap gambar. Ia juga boleh digunakan sebagai kamera video dengan kualiti pengambaran kelas definisi tinggi. Kamera ini banyak digunakan oleh vlogger untuk menghasilkan karya mereka.

4. Kamera Medium Format
Keunggukan kamera medium format adalah ketajaman yang dapat dilihat daripada gambar yang diambil dan ini merupakan kelebihan yang tidak dimiliki oelj DSLR.

Kamera medium format biasanya digunakan untuk kepentingan komersial dari sebuah produk kerana dapat menghasilkan gambar yang perinci.

Harganya adalah sangat mahal. Jika anda seorang jurufoto yang profesional, anada boleh melaburkan wang untuk membeli format sederhana.

0 comments:

Post a Comment