TAN ZI YING

Unit: s4
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Teknik Fotografi

Kod/Nama Kursus: FTGK3013 Fotografi
Tugasan: 1. Portfolio (Teknik Fotografi)
Nama: Tan Zi Ying
Unit: S4
Nama Pensyarah: Encik Mohd Zaki Bin Jamaluddin

Dalam tugasan ini, saya telah menggunakan 10 teknik fotografi bertemakan alam sekitar dengan mengaplikasikan komposisi dan teknik yang sesuai. Gambar-gambar yang dibawah akan menunjukkan gabungan haiwan dan tumbuhan yang berada dalam alam sekitar dengan persekitaran manusia hari ini. Gambar-gambar tersebut akan menunjukkan peliharaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar.


a. Tajuk: Capture it near, but look from afar.
b. Teknik: Close Up
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/639s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 113
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Melihat dari jauh merupakan cara terbaik untuk melindungi kehidupan yang indah ini. Walaupun cara ini adalah sangat mudah tetapi ramai yang tidak dapat mematuhi untuk pelihara keindahan yang diberi oleh alam sekitar.

    Gambar ini memfokuskan pepatung dan gambar diambil dengan dekat untuk mendapatkan perincian badannya. Teknik close up dan komposisi isolasi objek (depth of field) diguna untuk memberi kesan seolah-olahnya pepatung itu berdekatan dengan jurufoto.



a. Tajuk: Sugar Glider
b. Teknik: Close Up
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Petang
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/50s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 133
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Cara terbaik untuk melindungi kehidupan yang indah ini adalah memberinya kasih sayang yang sepenuh. Tanggungjawab adalah penting dalam memelihara haiwan kerana setiap kehidupan merupakan anugerah dari Tuhan.

    Gambar ini diambil secara dekat dan berfokus kepada rupa sugar glider dan tektur tempurung kelapa untuk mendapat perincian. Teknik close up digabungkan dengan komposisi foto frame in frame juga diguna untuk memberi fokus kepada subjek utama iaitu sugar glider.



a. Tajuk: Namanya Peach
b. Teknik: Photo Siluet 
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Petang
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/252s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 114
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Seekor kucing memutuskan untuk rehat sebentar sebelum menerusi pengembaraannya. Kebenaran anda memberi kucing rehat merupakan kehangatan(warmth) kepadanya.

    Gambar ini meletakkan subjek kucing membelakangi unsur cahaya (sinaran matahari) dan menggunakan komposisi isolasi objek untuk membentuk siluet side profile muka kucing yang jelas. 



a. Tajuk: Cahaya pagi
b. Teknik: Photo Siluet 
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/50s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 115
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Pemandangan yang cantik dan biasa sebegini tidak akan kekal jika kita tidak menaruh usaha dalam memeliharanya.

    Subjek utama membelakangi unsur cahaya matahari berserta dengan komposisi isolasi objek bagi membentuk siluet penuh dengan perincian bentuk yang jelas.



a. Tajuk: Outdoor cats
b. Teknik: Teknik Jarak Sederhana
c. Lokasi: Kawasan luar rumah
d. Cuaca: Petang
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/596s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 114
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Kucing peliharaan yang tengah menikmati masa lapang dengan bebasnya. Setiap nyawa diberi peluang dan untuk menikmati kehidupannya. Tiada mana-mana kewujudan nyawa lebih tinggi tahapnya dan mempunyai hak untuk memanipulasi nyawa yang lain secara kasar.

    Gambar ini diambil dari jarak yang tidak terlalu dekat atau jauh untuk menghasilkan foto yang mengandungi maklumat yang lebih banyak tentang persekitaran. Selain itu, komposisi foto Leading Lines dengan menggunakan garisan yang ada pada papan untuk memandu fokus kepada kucing.




a. Tajuk: Kembanglah
b. Teknik: Teknik Jarak Sederhana
c. Lokasi: Kawasan luar food court
d. Cuaca: Tengah hari
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/2326s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 115
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Ketabahan bunga-bunga merupakan nilai yang boleh kita pelajari.

    Komposisi warna terang yang berkontras (hijau, kuning dan putih) dalam gambar ingin menonjolkan suasana yang periang. Gambar ini fokus dari jarak sederhana dapat memghasilkan imej persekitaran (bilangan bunga) yang lebih menyeluruh. 



a. Tajuk: Keluarga
b. Teknik: Teknik B&W (Hitam&Putih)
c. Lokasi: Kawasan luar rumah
d. Cuaca: Petang
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/100s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 113
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Ibu dan anak-anak kucing ini memberi ingatan kepada kami keindahan nyawa baru yang ada pada alam sekitar. 

    Gambar ini dimulai dengan membentuk gambar yang kuat dari segi kontraks warna dan menggunakan filter B&W untuk menonjolkan kedalaman dan warna. Komposisi warna dan frame to frame juga digunakan untuk menonjolkan subjek utama iaitu ibu dan anak-anak kucing.



a. Tajuk: Kawan Baru
b. Teknik: Teknik B&W (Hitam&Putih)
c. Lokasi: Pasar
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/50s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 622
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Mengenali seekor kucing di pasar. Ini merupakan bukti haiwan dapat berhidup aman dengan manusia jika adanya toleransi.

     Gambar yang kuat dari komposisi warna iaitu melalui pembentukan kontraks warna antara dua subjek, iaitu roda basikal (hitam/kelabu gelap) dan kucing (kelabu terang/putih). Imej ini menggunakan filter B&W untuk menonjolkan jarak antara subjek dan variasi tona warna.



a. Tajuk: Sebelum tidur
b. Teknik: Teknik Night Mode (Malam Hari)
c. Lokasi: Belakang Rumah
d. Cuaca: Malam
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/25s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 3130
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Tertemu dengan dua ekor kucing pelihara yang bebas bersiar-siar pada waktu malam. Kucing-kucing tersebut memotretkan kebebasan sebagai kehidupan individu dan tidak terkurung atau didera.

    Gambar ini diambil pada waktu malam dalam keadaan cahaya yang tidak mencukupi. Oleh itu, pengawalan ISO adalah penting dalam pengambilan gambar. Di samping itu, komposisi foto dead center digunakan untuk mengurangkan gangguan subjek lain.



a. Tajuk: Tidak letih
b. Teknik: Teknik Night Mode (Malam Hari)
c. Lokasi: Kawasan luar rumah
d. Cuaca: Malam
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/50s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 1535
i. Lensa: -
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Kucing yang masih bertenaga walaupun tibanya masa untuk rehat. Kucing ini juga memberi gambar sebagai nyawa yang bebas dan menjalankan kehidupannya tanpa dikawal oleh sesiapa.

    Komposisi foto dead center juga digunakan dalam imej untuk memfokuskan subjek utama. Gambar ini diambil pada waktu malam dalam keadaan cahaya yang tidak mencukupi. Oleh itu, pengawalan ISO adalah penting dalam pengambilan gambar.



a. Tajuk: Si comel
b. Teknik: Teknik Strobist 
c. Lokasi: Kawasan luar rumah
d. Cuaca: Malam
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/33s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 1542
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Seekor anak kucing yang berada di bawah lampu jalan. Walaupun ianya kecil, tetapi semangat penerokaan dan rasa ingin tahu masih ada padanya.

    Gambar ini menggunakan cahaya lampu jalan (street lamp) dalam fotogarfi teknik ini. Manipulasi cahaya dilakukan untuk membentuk karakter yang diinginkan. Komposisi foto dead center digunakan untuk memberi impak kepada subjek utama.



a. Tajuk: Berfikir
b. Teknik: Teknik Strobist 
c. Lokasi: Kedai bunga pasu
d. Cuaca: Petang
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/50s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 382
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Kucing yang tertumpu denga pemikiran dirinya. 

    Gambar ini menggunakan available light (sinaran matahari) dalam fotogarfi teknik ini. Manipulasi cahaya dilakukan untuk membentuk karakter yang diinginkan. Penggunaan cahaya berserta dengan komposisi isolasi objek memberi fokus kepada muka kucing dapat membawa perhatian kepada ekpresinya. 



a. Tajuk: Selamat pagi
b. Teknik: Teknik Panorama
c. Lokasi: Kawasan luar rumah
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: -
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: -
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Terbitan matahari seolah-olah tengah memberi salam kepada kita. Pemandangan pagi ini berlaku setiap hari tetapi selalu dilupai.

    Imej ini menggunakan teknik panorama untuk memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang persekitaran yang luas. Teknik ini dapat memberi informasi dan perincian yang banyak untuk membentuk suasana cuaca dengan lebih berkesan. Komposisi Simetri menambahkan keharmonian imej.



a. Tajuk: Segar
b. Teknik: Teknik Panorama
c. Lokasi: Kawasan luar rumah
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: -
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: -
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Setelah matahari terbit, tumbuh-tumbuhan yang berwarna hijau kelihatan segar dan sedap untuk dilihat. Imej ini telah menangkap saat yang memberikan mood yang baik.

    Imej ini menggunakan teknik panorama untuk memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang persekitaran yang luas. Teknik ini dapat menangkap tona warna yang mengambarkan cuaca yang sejuk dan segar. Komposisi asimetri pada tumbuhan dalam imej ini memberi rasa "hidup" dan semangat alam sekitar.



a. Tajuk: Manja
b. Teknik: Teknik Bokeh
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Petang
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/50s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 881
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Sugar glider yang gembira dengan adanya tempat tinggal dan kasih sayang daripada penjaganya. Keperluan bagi setiap haiwan peliharaan adalah mudah dipenuhi. Mereka hanya perlukan kasih sayang dan perhatian yang mencukupi.

    Gambar ini memotretkan haiwan peliharaan yang disayangi untuk memberi peringatan kepada pemelihara haiwan tentang tanggungjawab mereka. Imej ini menggunakan teknik bokeh bersama dengan komposisi Rules of Third untuk memokuskan kepada muka haiwan yang menyatakan kebahagiaan.



a. Tajuk: Perayaan Krismas
b. Teknik: Teknik Bokeh
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Petang
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/50s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 881
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Kesambutan perayaan boleh dijalankan tanpa pengorbanan. Ini merupakan gambar yang diambil dari pokok Krismas buatan manusia untuk memberi peringatan kepada orang ramai tentang pemeliharaan alam sekitar dengan mengurangkan penebangan pokok.

    Gambar ini menggunakan teknik bokeh dengan memokus kepada salah satu hiasan pokok Krismas (ornament) untuk menimbulkan keriahan sambutan perayaan. Daun pokok, hiasan lain dan latar belakang adalah lebih kabur kerana ingin mengekalkan fokus gambar pada subjek utama. Komposisi Leading Lines yang ada pada hiasan memberi keharmonian kepada imej.



a. Tajuk: Batu-batu
b. Teknik: Teknik HDR
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/50s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 200
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Setiap batu adalah berbeza tetapi sama indah. Sama dengan setiap nyawa yang berbeza cara hidupnya tetapi sama harganya.

    Gambar ini menggunakan filter HDR dan komposisi Patterns (pola) untuk menonjolkan warna dan corak yang ada pada setiap batu. Selain itu, jarak antara batu-batu juga ditimbulkan dengan lebih jelas. 



a. Tajuk: Bunga Ungu
b. Teknik: Teknik HDR
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/25s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 150
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Bunga yang berkembang dengan cantik walaupun tidak dijaga. Ini telah menunjukkan ketabahan alam sekitar yang harus kita contohi serta hargai.

    Gambar ini menggunakan teknik HDR dan komposisi isolasi objek untuk menonjolkan warna bunga, daun dan rumput. Ini dapat membentuk kontraks dalam warna dan juga menunjukkan jarak antara subjek-subjek.



a. Tajuk: Jalan-jalan
b. Teknik: Teknik Landskap
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/120s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 113
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Terserempak dengan kucing yang sedang berjalan-jalan pada waktu pagi. Kucing ini menggambarkan kebebasan hidupnya.

    Teknik landskap digunakan dalam imej ini untuk membawa kesan dinamik yang menarik. Imej ini menunjukkan gabungan bentuk organik alam sekitar (kucing) dengan bentuk geometri buatan manusia (jalan raya) . Komposisi Perspektif ini menunjukkan kesan jauh dekat diambil dari sebelah kiri dan titik hilang adalah di sebelah kanan. 



a. Tajuk: Ikut saya
b. Teknik: Teknik Landskap
c. Lokasi: Kawasan rumah
d. Cuaca: Pagi
e. Kamera: Realme 6i
f. Speed: 1/200s
g. Aperture: f/1.79
h. ISO: ISO 100
i. Lensa: 28mm
j: Penggunaan Tripod: Tidak
k. Apresiasi ringkas foto: 
Kucing mengajak saya untuk jalan-jalan dan menerokai pesekitaran pada waktu pagi. Semangatnya yang tenang menghadapi situasi yang penuh dengan ketidak-tahuan amat saya kagumi.

    Teknik Landskap digunakan dalam gambar ini untuk mewujudkan rasa pengerakan ke arah kiri walaupun pergerakan subjek telah dibekukan dengan speed yang tinggi. Komposisi Perspektif memberi kesan seperti penglihatan jurufoto berada di kanan dan titik hilang adalah di sebelah kiri. Kucing tersebut juga boleh dinampak seperti diikuti oleh jurugambar kerana perspektif bermula dari belakang kucing.

0 comments:

Post a Comment