TAN ZI YING

Unit: s4
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Penggunaan dan Pengedalian

 Teknik Menggunakan dan  Mengendalikan Kamera

1. Pegang kamera dangan kejap

Cara memegang kamera yang betul boleh mengelakkan masalah gambar kabur yang disebabkan oleh pengoyangan tangan. 

a. Pegang kamera anda dengan kejap bila melepaskan pengatup. 
b. Berdiri dengan kaki terbuka selebar bahu.
c. Salah satu kaki anda kehadapan sedikit.
d. Rapatkan siku kebadan anda semasa meletakkan kamera di mata.
e. Tarik nafas, tahan dan lepasakan pengatup menggunakan bahagian "perut" hujung jari telunjuk anda.

Anda juga boleh menggunakan "tripod" jika anda membuat tugasan luar.


2. Memahami kamera anda
Setiap kamera dan peralatan mempunyai had dan keupayaan sendiri. Sebagai contoh, kamera saku tidak dapat menangkap gambar yang baik jika terlalu dekat dengan objek. Semasa menggunakan kamera saku dengan filem ISO 100 perlu mengelakkan mengambil gambar dalam jarak yang kurang dari 1.5 meter dan lebih dari 2.5 meter dengan berkelipan.

Di samping itu, kamera autofokus SLR juga bermasalah jika kita tidak memahaminya. Semua kamera autofokus tidak dapat memokus jika tiada unsur kontras dalam pengambaran yang ingin diambil. Hal ini adalah kerana kamera mempunyai kesusahan salam mencari titik fokus. 


3. Beri perhatian arah kedudukan matahari/cahaya terik

Jangan mengambil gambar menghadap matahari jika anda tidak tahu mengawal keadaan atau kamera tidak membolehkan anda mengawal keadaan. Jika menghadap situsi sebegini, bergeraklah sehingga matahari atau cahaya terik berada di kiri atau kanan objek anda.


4. Kesedaran terhadap ruang

Ruang bergerak untuk objek adalah penting. Anda hendaklah memberikan ruang yang lebih luas mengikut haka tuju, arah gerakan dan tumpuan pandangan objek.


5. Tarik perhatian orang

Mewujudkan satu hala fokus bagi gambaran dengan
a. Ringkaskan gambaran (kurangkan distraksi)
b. Kontraks dari segi bentuk
c. Kontraks dari segi saiz
d. Kontraks dari segi warna
e. Kontraksa dari segi fokus (fokus pada objek utama sama ada yang dekat atau jauh)
f. Gunakan warna terang
g. Tonjolkan satu objek


6. Komposisi

a. Ada titik tumpuan (formasi segi tiga)
b. Garisan Lengkuk S
c. Mengunakan Rules-of-thirds


7. Sudut pandangan

Objek dilihat dalam sudut pandangan yang berbeza memberi kesan yang berbeza:

a. Sudut pandangan mata - Sudut gambar yang diambil pada aras mata. Sudut diambil duduk, meniarap, mendongak, melintang lihat ke arah objek yang berada di tempat yang lebih tinggi. Sudut melihat ke bawah seperti helang.

b. Sudut Kamera - Mengunakan lensa sudut luas, lensa telefoto atau super telefoto. Boleh digabungkan dengan sudut pendangan mata untuk membentuk perspekstif visual yang berlainan.

c. Gambaran kanak-kanak, haiwan kesayangan, tumbuhan, alam semula jadi boleh diambil dari mana-mana sudut yang sesuai. 


8. Pembingkaian

a. Format menegak - umumnya format ini memberikan "dept". Biasanya untuk mengambil gambar potret.
b. Format melintang - format ini memberikan rasa ruang yang luas. Biasanya kita mengambil gambar bentuk ini. Kebanyakkan pemandangan diambil demikian.

Gunakan format ini mengikuti kesesuai dan kesan yang anda ingin capaikan. Gunakan sepenuhnya frem.


9. Beri perhatian tentang latar

a. Latar depan - berperanan memberikan dimensi 3D atau "dept" kepada gambar atau objek. Perlu memberi perhatian kepada latar depan agar tumpuan tidak diganggu.
b. Latar belakang - Menambah seri atau merosakkan visual gambar. Ringkaskan latar belakang objek agar tidak mengaburkan objek.
c. Penggunaan eleman semula jadi untuk membentuk frem kepada objek.


10. Timbulkan suasana

Suasana keriangan, ketegangan , cemas, muram dan sedih. Keadaan ini boleh digambarkan kalau kita teliti dan perihatin. Jurufoto perlu bersia unutk melihat kejadian atau keadaan yang berlaku dan menangkap gambar pada saat yang paling sesuai. 

Dalam bahasa Inggeris "the decisive moment" merujuk kepda gambar-gambar yang disebut atas. Gambar tersebut adalah amat berharga kerana ianya tidak boleh diulangi lagi.

Sebagai contohnya, gambar kanak-kanak yang riang bermain, kucing menyapu muka, bangunan yang runtuh, wanita yang mengalir air mata kegembiraan dan lain-lain.


11. Perubahan sendiri

Unsur kreatif adalah amat dialu-alukan dalam menangkap gambar. Cipta komposisi anda sendiri kerana dalam dunia kreatif hanya ada panduan dan tiada peraturan.

0 comments:

Post a Comment