TAN ZI YING

Unit: s4
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Asas Komposisi

 Definisi Komposisi
Komposisi adalah kesatuan yang harmoni antara elemen-elemen sokongan gambar dengan meletakkan komposisinya pada sudut pandangan yang sesuai dan menyenangkan mata.

Jenis-jenis komposisi
1. Titik fokus
Komposisi ini merujuk kepada kreativiti jurufoto untuk memberikan pemandangan yang berlainan. Jurufoto perlulah peka terhadap titik fokus jika titik tersebut bergerak. Untuk mendapat komposisi yang tepat, khayalan segi empat tepat dan garisan yang menuju kepada titik fokus perlu dibuat.

2. Rules of Thirds

Dalam rule of third, jurufoto membahagikan kawasan foto kepada 9 kotak yang sama besar dan meletakkan POI (point of interest) pada suatu titik atau garisan pada kawasan yang terbagi menjadi 3 x 3.

Interesting point (IP) ada 4 titik (silangan antara satu garisan melintang dengan satu garisan menegak)

Interesting Lines (IL) merupakan garisan dari 2 garisan horizontal dan 2 garisan vertikal.

POI yang diletakkan pada IP atau IL biasanya merupakan satu objek atau titik fokus bagi sesuatu objek.


3. Keseimbangan Simetri dan Asimetri
  • Simetri: Komposisi foto ini meletakkan objek ditengah dan membahagikan ruangan foto kelihatan sama pada kanan dan kiri.

  • Asimetri: Komposisi ini melukis garis lurus di tengah. Kemudian objek di kiri dan kanan kelihatan berbeza.


4. Leading Lines: Horizontals, Verticals & Curving

Leading Lines adalah garisan yang menuntun pandangan ke objek yang menjadi POI atau garisan itu menjadi POI dalam sesuatu foto.

Objek seperti jalan raya, dinding, jambatan atau apa-apa sahaja membentuk sebuah garisan maya dan mengarahkan mata ke POI.

 



5. Shape and form
Golden Shape adalah komposisi foto yang membahagikan foto kepada bentuk sama ada dibatasi oleh garisan nyata atau sempadan maya. Dengan ini, wujudkan keharmonian gabungan positif-negatif yang kelihatan seperti kontras antara dua bentuk.

Prinsip Golden Shape: membahagikan ruangan foto kepada positif-negatif dengan tepat dan seimbang agar wujudnya keharmonian berpandukan kontras.

Nisbah positif-negatif yang menarik adalah 50:50 atau 30:50


6. Pattern & Texture
Pattern adalah merujuk kepada pola yang ada pada gambar. Biasanya diwujudkan secara berulangan. Komposisi ini boleh dihasilkan dengan baik jika jurufoto memilih sudut pengambaran yang tepat. Jarak antara lensa dengan objek juga sangat penting untuk menampakkan pengambaran yang lebih menyeluruhkan.


Texture merupkan komposisi foto yang menampilkan tekstur dari objek yang diambil. Dengan komposisi ini, tekstur yang ada pada subjek dikelihatan lebeh terperinci jika dibantu dengan pencahayaan yang baik.

7. Framing (frame within frame)
Komposisi framing digunakan untuk mengarahkan mata untuk memperhatikan apa yang ada di dalam bingkai(frame) dengan mengesampingkan apa yang ada di luar bingkai. Frame yang dikatakan disini bukannya frame dalam bentuk fisik tetapi objek sekeliling subjek utama yang membentuk garis nyata yang menjadi bingkai. Elemen seperti pintu, koridor, gedung, lengkungan atau objek apapun yang umumnya berbentuk geomentris tertutup untuk membingkai POI.

8. Diagonal
Komposisi Diagonal adalah komposisi yang menggunakan garisan serong untuk memandukan penglihatan kepada subjek atau menwujudkan keharmonian dalam gambar.


Golden Triangle merupakan komposisi yang dengan mewujudkan pembahagian gambar secara menyerong (diagonal) dari satu sudut kesdut yang lain. Garisan khayalan tersebut perlu memenuhi sudut 90 darjah.





0 comments:

Post a Comment