TAN ZI YING

Unit: s4
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Teknik Fotografi (Nota)

 1. Slow motion

Teknik ini juga dikenali sebagai teknik long-exposure. Teknik ini biasanya digunakan untuk mengambil gambar objek yang sedang bergerak. Setting shutter speed bagi teknik ini perlulah rendah/lambat sehingga exposure menjadi lama. Tripod perlu digunakan untuk mengurangkan gentaran pada saaat pemgambilan gambar.Teknik ini juga sering digunakan untuk menangkap gambar landskap dengan objek air seperti air terjun, aliran air sungai dan sebagainya. 



2. High Speed

Teknik ini merupakan kebalikan teknik slow speed. Teknik ini menggunakan shutter speed yang tinggi/cepat. Teknik ini digunakan untuk memberi kesan membekukan objek yang sedang bergerak, selalunya diaplikasikan oelh jurufoto kegiatan olahraga.

    Shutter speed yang cepat akan membuat waktu exopusure menjadi singkat sehingga dibutuhkan cahaya yang berlimpah. Penggunaan cahaya bantuan seperti flashlight atau lampu studio dapat menyelesaikan masalah ini. 




3. Panning

Teknik Panning merupakan gabungan antara teknik slow speed dengan teknik high speed. Teknik ini akan menampakkan pergerakan subjek utama terlihat jelas dan elemen lain (background dan foreground) yang juga bergerak terlihat kabur (blur).

Penetapan shutter speed adalah penting. Shutter speed direndahkan hingga 1/30 (slow speed) dan fokus perlu dikunci kepada objek utama yang bergerak. Kemudian, kamera perlu bergerak mengikuti objek utama dengan kelajuan dan arah gerak yang tepat. Dengan ini, objek utama akan kelihatan tajam dan latar belakang akan mengalami motion blur. 

ISO bagi teknik ini perlu disesuaikan pada keadaan dan kesan yang diinginkan. ISO standard iaitu ISO 100 atau 200 amat disyorkan untuk teknik ini.


4. Photo Makro

Fotografi Makto adalah teknik membuat objek foto berkelihatan lebih besar daripada saiz aslinya. Teknik ini sesuai untuk menangkap gambar subjek yang kecil,menarik dan terperinci untuk menangkap detail yang tidak terlihat oleh mata manusia.Teknik ini boleh mencapai kesannya dengan adalnya kamera dan lens yang sesuai.


5. Teknik Hitam-putih

Teknik ini boeh dihasilkan dengan penggunaan filter hitam-putih di Photoshop. Teknik ini dimulai dengan membentuk gambar yang kuat dengan penggunaan komposisi, pantukan, cahaya dan kontraks


6. Teknik Photo Siluet

Untuk membuat kesan Siluet, subjek perlu ditempatkan di depan matahari. Kelajuan pengatup perlu dikawal. Kelajuan pengatup yang cepat akan menghasilkan cahaya gelap, kelajuan pengatup yang perlahan akan menjadikan gambar terang.


7. Teknik Strobist

Teknik fotografi ini berasal dari perkataan strobe yang membawa makna kurang dan lebih lampu sorot. Dalam teknik ini, jurufoto akan melakukan manipulasi cahaya baik avaliable light ataupun cahaya buatan untuk membentuk karakter objek / model. Biasanya teknik ini digunakan dalam fotografi model/portret.

Jurufoto akan menentukan posisi model, lampu, tingkat kekerasan cahaya, intensitas cahaya untuk membentuk karakter yang diinginkan. Teknik ini memerlukan pengaturan posisi yang cermat dari jurufoto.


8. Night Mode

Teknik Night Mode adalah jenis teknik yang mencabar. Ini adalah kerana dalam situasi kekurangan cahaya, jurufoto perlu menjaga kejelasan ganbar. Kreativiti dan pengaturan yang tepat adlah penting dalam mencipta fotografi malam yang cantik dan unik. Teknik ini paling sesuai digunakan pada waktu matahari mulai terbenam. Peralatan seperti tripod adalah penting dalam teknik ini untuk menetapkan kestabilan bagi memastikan kejelasan/sharpness gambar.



0 comments:

Post a Comment