TAN ZI YING

Unit: s4
Major: Bahasa Cina (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera:

Search This Blog

Powered by Blogger.

Night Photography

Penghasilan teknik fotografi ini memerlukan kamera standard dan tripod. Tripod adalah penting untuk memastikan kestabilan semasa mengambil gambar dan mengelakkan kekaburan. 

    Beberapa peralatan tambahan juga boleh disediakan untuk menghadapi masalah yang mungkin akan berlaku. Flashlight dapat membantu anda untuk melihat dengan lebih jelas kerana waktu malam adalah agak susah untuk kita set up dan mencari barang. Selain itu, lens hood dapat membantu mengekalkan suar pada tahap yang minimum. Long exposure akan menyebabkan bateri dihabiskan dengan lebih pantas. Oleh itu, jurufoto digalakkan membawa bateri yang lebih semasa mengambil gambar teknik Night Photography. 

    Exposures untuk teknik Night Photography adalah sangat penting. Pengawalan shutter speed, aperture dan ISO yang tepat akan membantu untuk dapatkan exposure yang diinginkan dalam gambar.

    Shutter speed yang digunakan adalah slow speed (rendah daripada 1/125). Sebagai contoh, SS1/30. Ini adalah kerana cahaya adalah kurang pada waktu malam. Kamera memerlukan masa untuk mengumpul cahaya yang mencukupi. Disebabkan masa lama perlu digunakan, gentaran tangan akan menjejaskan penghasilan gambar yang baik. Oleh itu, tripod perlu digunakan.

    Selain itu, ISO perlu ditetap lebih tinggi seperti ISO 3200 atau menukar mengikut keadaan. Semakin tinggi ISO, semakin rendah shutter speed dan aperture. Penetapan ISO juga perlu sesuai dan tidak terlalu tinggi untuk memastikan noise dalam gambar tidak terlalu banyak. Pengunaan tripod dapat membantu untuk merendahkan ISO dan noise tetapi dalam keadaan tidak boleh menggunakan tripod serta mengambil gambar subjek bergerak ISO yang tinggi diperlukan.

Contoh gambar 
Dengan menetapkan shutter speed, aperture dan ISO yang betul dapat menghasilkan gambar yang cukup terang dan tajam.

0 comments:

Post a Comment